KOTA BHARU – Khamis, 9 September 2021, berlansungnya  majlis penyerahan baucer dari Telekom Malaysia dengan kerjasama Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Negeri Kelantan yang bernilai RM100 setiap seorang seramai 30 orang armalah Dun Kota Lama yang terjejas kerana pandemik Covid-19 yang bertempat di Pusat Komuniti Dun Kota Lama.

Program ini berlansung selama kurang lebih 1jam  dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Hadir sama semasa program tersebut ialah YangBerbahagia Tuan Haji Mohammad Mortazi- selaku Ketua Pegawai Tadbir dan Setiausaha Adun Kota Lama.

Beliau juga menyeru orang ramai yang masih belum menerima suntikan vaksin agar segera mendapatkannya supaya mencapai target imuniti kelompok yang disasarkan oleh pihak kerajaan, katanya kepada wartawan ketika ditemui.

Dalam pada masa yang sama,  turut diadakan majlis pengagihan bakul makanan kepada mereka yang terjejas bekalan makanan sepanjang wabak ini.