“Aiman Nak Pergi Kubur Mama,Nak Doa Dekat Mama”

Pulai Chondong – Ibunya telah pergi buat selamanya sudah setahun lebih yang lalu, sejak dari itu adik Muhamad Aiman 5 tahun,dijaga oleh datuk dan neneknya di Jalan Alor Malar, Kampung Kerawang dekat sini. Adik Aiman sejak belakangan ini sudah mula mengerti bahawa ibunya telah tiada lagi.

“Hari Jumaat Aiman nak pergi kubur mama,nak baca doa dekat mama”kata adik Aiman yang merupakan seorang anak tunggal. Ibunya arwah Nur Ain menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2020 selepas menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus(SLE). Neneknya Hasnah Mohmood 53 tahun,berkata beliau dan suami akan menjaga sebaik mungkin cucunya itu supaya dapat membesar dan berjaya. Hasnah yang hanya mencari rezeki sebagai penoreh getah itu yakin dapat membesarkan Aiman walaupun suaminya kini tidak dapat lagi bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis kronik. “Inshaallah adalah rezeki tu, kadang ada juga masa tak boleh menoreh” katanya ketika ditanya mengenai sumber pendapatan keluarganya. Menurut neneknya,bapa adik Aiman tidak pernah datang menjenguk atau mengirimkan wang keperluan cucunya itu sejak arwah ibunya meninggal. Bagi anda yang ingin berkongsi rezeki untuk adik Aiman atau neneknya boleh salurkan ke akaun milik Hasnah Mohmood Bank Islam 0304 5022 1099 85 atau boleh menghubunginya di talian 013-992 2846.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
error: Content is protected !!