Bermula dengan ajakan rakan, namun kini….

KOTA BHARU – Semenjak akhir tahun 2019, seolah-olah menjadi ikutan buat peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan mereka seperti menjual air minuman, makanan goreng dan pelbagai lagi menu ringan yang lain di jalan raya utama.

Cara jual beli yang mereka laksanakan ini adalah dengan menunggu di persimpangan lampu isyarat, jika keadaan lampu isyarat bertukar merah sebagai tanda berhenti, para penjual ini akan mendekati pelanggan dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain dan sambil mempelawa pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.

Melihat keadaan peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan mereka dengan sedemikian amat merisaukan. Ianya kerana melibatkan faktor nyawa peniaga dan juga pembeli.
Mendekati seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan, berasal dari Kampung Bunut Payong dia memberitahu bahawa awalnya dia hanya mengikut ajakan rakan untuk berniaga di persimpangan lampu isyarat. Namun, lama kelamaan sudah menjadi rutin harian buat dirinya.

Malah, dia bermula seawal jam 11.00 pagi sehingga 6.00 petang dan memberitahu terasa perbezaannya yang cukup ketara semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana jumlah kenderaan yang agak berkurangan sedikit berbanding sebelum ini.
Bertanya soal keselamatan sepanjang dia menjalankan perniagaan sedemikian, “setakat ini tiada apa yang membahayakan berlaku kerana dia sentiasa berwaspada ketika berniaga di persimpangan lampu isyarat”-katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top