COVID-19: Suasananya tidak lagi semeriah dulu.

KOTA BHARU – Bagi sesiapa yang pernah datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang pasti akan teruja akan kepelbagaian tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.

Terkenal dengan pelbagai hidangan makanan yang menyelerakan, masyarakat yang peramah dan mempunyai kawasan-kawasan riadah yang cantik merupakan antara faktor utama yang mendorong orang ramai untuk berkunjung ke negeri ini.

Pantai Cahaya Bulan (PCB), merupakan salah satu kawasan riadah yang cukup terkenal di sini. Terkenal dengan kawasannya yang luas dan cantik dan bunyi deruan ombak yang cukup menenangkan jika berkunjung ke sana.

Namun, semenjak negara dilanda wabak Corona Virus kira-kira setahun yang lalu kawasan tersebut seolah-olah tidak berpenghuni. Kawasannya yang kembali sepi tanpa pengunjung yang tidak lagi semeriah dulu. Ianya kerana orang ramai dilarang untuk melakukan aktiviti riadah sehingga Covid-19 ini beransur pulih.

Selain itu, jika dilihat sepanjang jalan menuju ke pantai pada kebiasaannya sebelum ini cukup meriah dengan pelbagai gerai dan kedai makan yang beroperasi. Pelbagai menu yang dijual kepada orang ramai yang disediakan buat pelanggan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, situasi di Pantai Cahaya Bulan hari ini seolah-olah tidak lagi semeriah dulu. Tiada lagi kesesakkan lalu lintas yang berlaku, jeritan anak kecil yang bermain layang-layang di kawasan sekitar tidak lagi kedengaran. Semoga dengan langkah yang disarankan kerajaan untuk orang ramai duduk di rumah, mampu memulihkan keadaan harini seperti sedia kala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top