KEJAYAAN ANAK MUDA KINI MILIKI EMPAYAR PERUMAHAN

Dulu Air Balang Kini Punyai Syarikat Perumahan Sendiri .Sejak belakangan ini,cerita mengenai kejayaan anak-anak Kelantan yang berjaya dalam bidang perniagaan banyak diperkatakan di laman media sosial.Sebelum ini,sudah tidak menjadi asing lagi ramai dikalangan anak-anak Kelantan yang telah berjaya dari bidang perniagaan kosmetik,
makanan dan sebagainya.Namun,sekarang ini lain pula ceritanya.

Kejayaan anak muda yang berasal dari
Kelantan ini telah menjadi sebutan ramai oleh masyarakat oleh kerana umurnya yang terlalu muda telah berjaya membuka sebuah syarikat perumahan dan sekaligus menampakkan hasil yang sangat berjaya.

Muhammad Khairuddin Bin Akrol Rajil atau nama ‘glamournya’ Pakdo,26 tahun berkata,sebelum dari beliau membina empayar perumahan ini beliau juga pernah bekerja sebagai penjual air balang di tepi jalan.Selain itu,sebelum beliau berada dalam industri perumahan ini beliau mendapat pelbagai reaksi dan komen dari keluarga sendiri,rakan-rakan,orang kampung dan sebagainya.Ada yang menyokong sebaliknya pula,ada yang tidak menyokong dengan berbagaialasan.
Namun,itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang dalam bidang ini.

Anak kelahiran Kampung Badak,Bachok Kelantan ini berjaya mendirikan sebuah syarikat yang dikenali dengan nama MKA Development Sdn.Bhd yang beribu pejabat di Kampung Pauh Panji,Kelantan.
Seterusnya,beliau juga telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan sekarang ini beliau mempunyai lebih kurang 10 orang ahli kakitangan syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
error: Content is protected !!