Instafamous Anis atau nama sebenarnya Nur Anis Nabihah Binti Nuur Disyam berasal dari Tumpat,Kelantan yang berkelulusan Diploma dalam jurusan kecantikan mendedahkan rahsia dirinya sehingga bergelar menjadi seorang instafamous.

Instafamous yang mesra disapa Anis mendedahkan rahsia dirinya memperolehi pengikut hampir 200 Ribu ialah pada mulanya,dia suka membuat video lagu menerusi aplikasi ‘Tiktok’.Selain itu,dia juga selalu meletakkan ‘Hashtag’ yang banyak pada kirimannya bersesuaian dengan gambar yang dimuatnaiknya serta Anis selalu memuatnaik gambar yang cantik dan berkualiti mengikut pada teknik Fotonya.

Antara pengikut di laman instagramnya ada terdiri daripada selebriti terkenal Malaysia dan Pemain bola sepak Malaysia.Dengan pengikut yang dimilikinya itu, dia boleh memperolehi pendapatan sampingan sebanyak 2 Ribu sebulan dengan melakukan ‘Paid Review’ dan Anis juga ada membantu golongan usahawan Muslim untuk mempromosikan perniagaan mereka secara percuma tanpa sebarang bayaran yang diambil olehnya.

“Saya mendapat lebih kurang 1 Ribu Mesej melalui Instagram dari pengguna lelaki khususnya yang bertanyakan status diri saya dan ingin berkenalan yang tidak sempat saya membalasnya” Katanya kepada Wartawan Kelantan Inside ketika dihubungi.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.