“Jangan mudah berputus asa ,sentiasa memandang kedepan”.

KOTA BHARU – Dari jauh sudah tersegam indah sebuah villa yang berada berhampiran dengan kawasan sungai Pengkalan Datu ini. Cerana Villa Resort yang terletak kira-kira 10 Kilometer dari pusat bandar ini antara kawasan yang cukup strategik dan selesa mampu menarik perhatian sesiapa yang berkunjung ke sana.

Pemiliknya yang cukup mesra dikenali sebagai Tuan Haji Asri ini memberitahu bahawa konsep dan idea asal bagaimana Villa ini dibina bermula apabila beliau merantau keluar negeri untuk menimba ilmu dan dalam masa sama memperolehi ilham daripada kisah-kisah yang terpahat dalam sejarah Malaysia, maka terbinalah sebuah Villa miliknya itu.

Namun, memandangkan keadaan hari ini yang sukar kerana penularan wabak Covid-19, hampir 99.8% segala aktiviti perniagaan yang melibatkan sosial dan ekonomi terpaksa dihentikan selaras dengan seruan pihak kerajaan.

Permasalahan ini juga turut dihadapi oleh Tuan Haji Mohd Asri berkaitan dengan keadaan villa miliknya itu. Walaupun keadaannya tidak serancak dulu untuk beropersi namun beliau mengambil pendekatan lain bagi memastikan perniagaanya itu mampu menjana pendapatan “buat masa ini, pihak kami hanya menyediakan makanan yang ditempah pelanggan melalui aplikasi Foodpanda, walaupun sambutannya tidak seperti dulu tapi kami tetap komited untuk memberikan yang terbaik” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, bertanya pula soal bagaimana keadaan pekerja yang terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan (PKP) beliau memaklumkan bahawa masih ada pekerja yang setia berada di sampingnya bagi meneruskan usaha mereka, tapi tidak dinafikan juga ada pekerja yang mengambil keputusan untuk berhenti. Ujar Tuan Haji Mohd Asri, beliau sangat memahami keadaan yang mendesak hari ini dan tidak memaksa mana-mana pihak dalam keadaan yang amat sukar ini.

Mengambil langkah untuk sentiasa bersiap sedia, beliau juga menjalankan aktiviti bercucuk-tanam di sekitar kawasan berdekatan. Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjaya, hasil daripada bercucuk tanam itu mampu dijual kepada orang ramai mahupun pengunjung.

Mempunyai pengalaman yang luas dan seorang yang sentiasa berfikiran terbuka, beliau menyarankan agar dalam keadaan pendemik yang getir ini supaya, hendaklah sentiasa bersangka baik dan memandang kedepan. Jangan mudah berputus-asa dan harus mencari solusi kepada setiap dugaan mahupun ujian yang diharungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top