Total lockdown: “Jangan panik, kerajaan tahu”

Bermula tahun lalu, sistem ekonomi dan sosial di seluruh negara terpaksa diperlahankan. Ianya berikutan kes penularan wabak corona virus yang semakin hari semakin berbahaya kepada semua golongan individu tanpa mengira umur,bangsa dan negara.

Tidak ketinggalan juga buat penduduk dan masyarakat di Malaysia sendiri, semenjak virus ini dikesan di Malaysia kira-kira Mac tahun lalu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularannya dan dalam masa yang sama kerajaan juga telah memberi banyak bantuan dan kelonggaran kepada masyarakat bagi meneruskan kelangsungan hidup yang terjejas akibat pandemik ini.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia sekali lagi mengumumkan bahawa negara akan berhadapan sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP 3.0) atau “total lockdown” di seluruh negara berikutan peningkatan jumlah kes covid-19 yang semakin membimbangkan.

Perkara berkenaan cukup membuatkan masyarakat gusar, ini kerana ada yang beranggapan bahawa kesemua sistem ekonomi dan sosial di negara ini tidak dibenarkan untuk beroperasi seperti sedia kala sejurus selepas kerajaan memutuskan akan melaksanakan “total lockdown” tersebut.

Namun tanggapan yang diberikan itu tidak benar sama sekali. Kerajaan mengambil maklum akan apa yang disuarakan oleh orang ramai, sekiranya kesemua premis pasar raya ditutup bagaimana pula dengan ekonomi yang terjejas. Jadi kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan premis berkenaan beroperasi bagi memenuhi keperluan asas masyarakat seperti sedia kala. Dalam masa yang sama, masyarakat disarankan agar tidak melalukan pembelian panik.

Seiring dengan saranan kerajaan supaya tidak membuat pembelian panik, wartawan kami sendiri mendekati masyarakat setempat yang berkunjung ke sebuah pasar raya Mydin di Kota Bharu harini berikutan akan berkuatkuasanya lockdown pada 1 Jun 2021-14 Jun 2021. Salah seorang pengunjung iaitu Nik Nur Farhana, 28 berkata “persediaan membeli barang keperluan itu perlu, tetapi tidak seharusnya terlalu panik, ini kerana kerajaan lebih mengatahui apa yang terbaik, sekiranya berlakunya pembelian panik itu adalah atas dasar kesedaran diri sendiri kerana ia boleh mengundang pembaziran dan mendedahkan diri kepada bahaya sekiranya semua masyarakat panik dan memenuhi pasar raya yang ada di sini”. Hasil tinjauan juga, keadaan pasar raya terbabit berada dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang pembelian panik oleh masyarakat. Ini menunjukkan masih ada masyarakat kita hari ini yang masih sedar dan peka akan apa sebenarnya disebalik perkataan lockdown ini.

Konklusinya, langkah yang diambil kerajaan bagi melaksanakan lockdown adalah wajar pada waktu yang getir ini. Dengan harapan rantaian penularan virus dapat diturunkan ke angka sifar. Namun, kita juga seharusnya menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. Jadilah masyarakat yang berwaspada dan bertanggujawab kerana covid-19 mampu membunuh sesiapa sahaja.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.