Kota Bharu- Program imunisasi covid-19 telah bermula pada 24 Februari 2021 yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menandakan bahawa secara rasminya Program tersebut bermula di seluruh negara.

Ianya merupakan langkah utama pihak kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat berikutan jumlah peningkatan yang semakin meningkat saban hari. Namun, dalam kesungguhan pihak kerajaan dan juga barisan hadapan menggembleng tenaga masih ada masyarakat yang tidak akur pada arahan.

Baru-baru ini, negeri Kelantan merekodkan hampir 10 000 individu tidak hadir bagi menerima suntikan imunisasi Covid-19 ini. Persoalannya di sini, apakah faktor utama yang mendorong mereka untuk tidak menerima suntikan imunisasi ini. Memetik beberapa laporan akhbar tempatan ada yang menyatakan bahawa anak-anak melarang mengambil suntikan imunisasi kerana risau akan kesannya. Tidak kurang juga ada yang percaya akan berita yang tular, sedangkan kesahihan berita tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Rata-rata individu yang layak menerima suntikan tersebut adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Dalam masa yang sama negeri Kelantan juga antara negeri yang mencatatkan jumlah pendaftaran untuk program tersebut amatlah rendah berbanding negeri-negeri lain.

Melihat kepada jumlah ketidakhadiran yang terlalu tinggi ini menyebabkan pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih tegas dan proaktif. Ini juga bagi membendung masyarakat daripada dimomokan oleh penyebaran berita palsu yang menghasut mereka supaya tidak hadir dan tidak yakin terhadap langkah yang diambil oleh pihak berwajib.

Malah rujukan yang dibuat terhadap info grafik yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dan sumbernya oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan mana-mana individu yang cuba untuk menghasut orang ramai dari mengambil vaksin boleh di dakwa maksimun 2 tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali. Golongan ini juga, akan disiasat mengikut seksyen 505(b) kanun keseksaan kerana mendatangkan kemudaratan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, selain itu juga seksyen 233 Akta komunikassi dan Multimedia Malaysia 1998 penggunaan tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian.

Dengan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa ini, mengharapkan masyarakat hari ini tidak sewenang-wenangnya menghasut individu lain supaya tidak mengambil suntikan vaksin. Khususnya di sini. Kerajaan dan barisan hadapan telah bertungkus lumus untuk mengurangkan jumlah kes Covid-19 ini. Namun, apabila ada golongan yang tidak bertanggujawab sehingga sanggup menghasut dan menyebarkan berita palsu dan menimbulkan keraguan ini, selayaknya di dakwa di bawah akta yang dikeluarkan pihak berwajib. Ia juga adalah langkah yang terbaik diambil bagi membendung daripada penyeberan ideologi yang tidak berasas ini agar tidak terus tersebar kepada orang ramai.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.