PASIR MAS: Kedegilan 37 orang jemaah di Pasir Mas yang ditangkap menunaikan solat Jemaah di dua surau dalam Mukim Chetok, Tok Uban, telah dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, semua individu berusia 20 hingga 70 tahun itu didapati ingkar SOP sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ulas Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Katanya, sebanyak 28 saman dikeluarkan di masjid pertama yang diserbu, manakala sembilan lagi diberikan kepada jemaah di surau berlainan pada hari yang sama.

“Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, selain menunaikan solat Isyak berjemaah, walaupun sudah sedia maklum ia tidak dibenarkan sepanjang PKP ini.

“Tindakan berkenaan sekali gus melanggar SOP termasuk dari segi penjarakan fizikal yang bukan sahaja membahayakan, malah memberi risiko kepada penularan wabak COVID-19.

Bak kata pepatah, itik dimandikan takkan basah. Orang ramai diminta akur kepada SOP demi memutuskan rangkaian COVID-19.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.