Kota Bharu – Situasi bandar Kota Bharu,Kelantan nampaknya kembali sunyi sepi seperti keadaan semasa PKP 1.0 susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan penularan wabak covid-19 .

Tinjauan Wartawan Kelantan Inside di sekitar bandar Kota Bharu mendapati,keadaan lengang serta tidak mempunyai banyak kenderaan di atas jalan raya seawal jam 10 malam lagi berbeza dengan sebelum PKP dikuatkuasakan di negeri ini.

Rata-rata kenderaan yang berada di atas jalan raya semuanya mematuhi SOP dengan mengikut ketetapan had jumlah orang yang dibenarkan berada dalam kenderaan tidak melebihi 3 orang.

Tinjauan juga mendapati,semua premis kedai ditutup seawal jam 10 malam lagi bagi mengikut SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak covid-19.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.