Tumpat – Terlibat dalam sebuah kemalangan antara  motosikal dengan kereta di Kuala Lumpur pada hujung tahun 2016 menyebabkan Muhammad Rahiman Bin Aladin, 32Tahun terpaksa terlantar diatas katil disebabkan lumpuh separuh badan akibat patahnya tulang belakang. Beliau sebelum ini yang hanya berkerja sebagai tukang pendaiwaian elektrik di ibu kota telah terputus punca pendapatan disebabkan tidak dapat berkerja.

Beliau yang menetap di Kampong Laut, Tumpat itu dijaga oleh ibunya Wan Shamsiah Binti Wan Ibrahim, 62Tahun yang juga merupakan penghidap penyakit diabetis dan baru sahaja menjalani pembedahan amputasi jari kaki kanannya.

Selain itu, beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan urostomi tiub akibat penyakit batu karang yang dihadapinya. Penukaran tiub salur kencing akan dilakukan setiap dua minggu sekali mengakibatkan kos pembelanjaannya semakin meningkat.

Lebih RM300 diperlukan setiap bulan bagi perbelanjaan keperluan untuk rawatan beliau dan kos itu tidak termasuk dengan harga sewaan ambulans untuk ke hospital bagi rutin janji-temu beliau.

Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke Nombor Akaun Bank Islam (03148020056697) -Mohd Zulfakar Mohd Nor atau terus hubungi nombor di talian (011-57688443).