KOTA BHARU – Dalam situasi hari ini, ada dalam masyarakat kita yang terpaksa ikat perut dan berjimat cermat dek kerana dibuang kerja akibat syarikat atau majikan tidak mampu untuk menanggung kos operasi dan membayar gaji pekerja.

Namun, lain pula kisah seorang gadis ini iaitu Fatin Nur Asma. Walaupun baru berusia 26
tahun, Fatin sudah mampu meraih pendapatan sendiri dengan menjadi seorang penghantar
makanan sambilan di sekitar derah berdekatan di sini.

Foto : Adli Rosli

Dalam masa yang sama juga, Fatin merupakan seorang pelajar jurusan bidang pemasaran di
sebuah pusat pengajian tempatan. Namun, sangat bijak memanfaatkan waktu hujung
minggunya dengan menjadi salah seorang penghantar makanan sambilan.

Bercakap soal bagaimana kisahnya bermula untuk menjadi seorang penghantar makanan,
adalah kerana dia tidak mahu membazirkan masa yang terluang tanpa melakukan sebarang
perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya.

Berkat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling Fatin lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan niatnya itu. Mampu meraih pendapatan sendiri di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) merupakan satu pencapaian buat dirinya juga.

Foto : Adli Rosli

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi penghantar makanan di musim PKP ini, adalah ada pelanggan yang tidak patuh kepada Pematuhan Operasi Standard(SOP) iaitu tidak memaklumkan bahawa dirinya menjalani proses kuarantin kendiri dan memakai gelang berwarna merah jambu yang diberikan oleh pihak kementerian kesihatan, dan menandakan individu tersebut diharuskan untuk menjalani proses kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan buat dirinya sebagai seorang penghantar makanan. Walaupun perkerjaan ini majoritinya lelaki, tetapi Fatin tidak merasa kekok dan sukar kerana baginya dalam situasi hari ini semua golongan harus pandai mencari peluang yang ada bagi menjana pendapatan sendiri. Golongan muda juga dinasihatkan agar tidak membazirkan waktu yang ada dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah sebaliknya harus bijak menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.