GUA MUSANG: Akibat aktiviti keluar dan masuk dengan bebas di kampung Aring 5, masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq mengambil inisiatif sendiri melakukan sekatan.

Bagi membendung penularan COVID-19, penduduk kampung membina besi penghadang jalan dan pondok keselamatan seiring dengan tindakan kerajaan menguatkuasakan total lockdown di seluruh negara.

“Penduduk kampung bergotong-royong membina besi penghadang dan pondok keselamatan itu.” ujar penghulu kampung, Raina Anjang.

Sumber :Astro Awani

Pengimbas suhu, buku pendaftaran, dan pensanitasi tangan merupakan antara barang-barang yang disediakan dalam usaha melindungi daripada penduduk kampung daripada risiko penularan virus.

Beliau berkata, penduduk akan mengambil giliran bertugas menjaga sekatan jalan berkenaan, sambil mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Beliau berharap, tindakan itu dapat melindungi 400 penduduk kampung berkenaan daripada COVID-19.

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau, menguak.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.