Nasib anak seni yang tidak terbela

Kota Bharu– Bergelar seorang penyanyi,pelakon atau anak seni merupakan pekerjaan yang memberikan ruang dan peluang untuk sentiasa dikenali oleh masyarakat melalui bakat yang ada.

Namun, semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kegiatan aktiviti seni tempatan terpaksa diberhentikan dengan serta merta.

Sama juga nasib dan keadaan seorang anak seni kelahiran negeri Kelantan iaitu Roy Kapilla atau nama sebenarnya Saufi bin Abdullah. Kehidupan yang dijalani hari ini cukup berbeza jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Covid-19 melanda.

Banyak persembahan dan kerjasama terpaksa di batalkan kerana tidak dibenarkan untuk menjalankan kegiatan seni. Roy Kapilla yang aktif membuat persembahan di seluruh negara memberitahu jika sebelum ini dia banyak menerima jemputan untuk ke Kuala Lumpur bahkan ada kalanya menerima jemputan untuk bernyanyi di Thailand.

Dalam masa yang sama, sebagai anak seni yang sudah lama bertapak dalam bidang nyanyian dia agak terkilan dengan situasi hari ini. “Dalam keadaan sebegini bagaimana dengan nasib kami, kami juga memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pihak yang bertanggujawab hanya sepi tanpa berita,sebaliknya tanya lah khabar kami dan hulurkan sedikit bantuan”-katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu dikir rambong meluahkan rasa kecewa dan terkilannya itu ketika ditemui. Roy kapilla juga menyatakan hasrat dan harapannya itu supaya didengari oleh pihak yang bertanggujawab. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga begitulah keadaan dan gambaran yang dapat diberikan buat keadaan anak seni hari ini. Ianya kerana semenjak negara dilanda wabak Covid-19 banyak persembahan dibatalkan dan kerajaan pula melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seolah-olah tiada siapa yang ingin membela nasib mereka sebagai anak seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top