“Nak Dapat RM10 Pun Susah Sekarang Ni!”Kesian Pakcik2 Beca.Sudah setahun negara kita dilanda pandemik covid19,sepertimana kita tahu di musim penularan wabak ini banyak sektor pelancongan dan aktiviti masyarakat terjejas oleh kerana perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sebagainya.

Antara yang terjejas teruk,ialah para pengayuh beca kerana ketiadaan pelanggan yang menaiki beca oleh kerana sebelum ini hanya mengharapkan pelancong luar yang menaikinya namun apabila penularan covid19 ini melanda pelancong luar tidak dapat melancong disebabkan oleh perlaksanaan PKP.

Menurut seorang pengayuh beca,Che Udi Bin Che Pa,65 tahun berkata musim covid19 ini nak dapatkan RM10 pun begitu susah berbanding sebelum ini ada juga dapat RM10 hingga RM20.Paling menyedihkan ada juga yang langsung tiada pelanggan yang menaiki beca.

“Saya redha dengan keadaan sekarang ini,nak buat macam mana inilah rezeki kami yang Allah tentukan.Kalau ada pelanggan yang menaikinya adalah rezeki kami,kalau tiada tak adalah rezeki kami” Katanya kepada wartawan Kelantan Inside ketika ditemui di bandar Kota Bharu.

Menurut,Che Udi lagi di bulan ramadhan ini ada juga insan-insan yang berhati mulia yang turut menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan serta zakat kepada kami.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.