Pantai Sabak antara kawasan tinggalan sejarah askar jepun.

KOTA BHARU – “Askar-askar jepun telah mendarat di Kota Bharu” bagi kebiasaan peminat filem-filem lama arahan Allayarham Tan Sri P.Ramlee pasti pernah mendengar dialog berkenaan di dalam sebuah filem arahan beliau yang bertajuk Sarjan Hasan.

VIDEO : ADLI ROSLI

Menyingkap sejarah bagaimana kisah penjajahan tentera jepun mula menjajah adalah dengan melalui beberapa kawasan pantai untuk sampai ke tanah melayu.
Antara kawasan Pantai yang menyimpan sejarah mengenai peristiwa penjajahan Jepun ini adalah Kampung Pantai Sabak. Walaupun kisahnya telah lama, namun kawasan Pantai Sabak masih lagi wujud. Jika dahulu, masih dapat dilihat kubu-kubu pertahanan yang dibina.


Namun,kini kubu-kubu yang dibina pada zaman dahulu telah lama hanyut dan hilang dibadai ombak. Tetapi peninggalan sejarah mengenai tentera jepun masih lagi terpahat di dalam kalangan masyarakat melayu sekitar.

Jika dilihat hari ini, kawasan berkenaan hampir berubah secara keseluruhan. Ini kerana, pantai yang dahulu luas terbentang namun kini terdapat benteng pemecah ombak yang dibina bagi mengelakkan berlakunya hakisan dari air laut kepada rumah masyarakat setempat.

Menyusuri sekitar kawasan Pantai Sabak, dapat dilihat rumah-rumah penduduk setempat juga dibina berhampiran dengan kawasan pantai berkenaan. Tujuan utama pemasangan benteng dilakukan adalah bagi menggelakkan berlakunya limpahan air laut yang boleh menyebabkan banjir besar dan menghakis kawasan sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top