Penghidap “nephorotic syndrome” kronik perlukan bantuan.

Kota Bharu- Nephorotic syndrome atau sindrom nefrotik merupakan bahasa saintifik terhadap penyakit yang berpunca dari kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik.

Bagi penghidap pesakit buah pinggang kronik ini, Luqman Bin Fikri yang berusia 15 tahun, sudah menghidapi penyakit berkenaan semenjak dia kecil lagi. Kegagalan buah pinggang yang dihadapinya menyukarkan keadaan Luqman untuk meneruskan rutin harian seperti remaja yang lain.

Terpaksa menjalani ujian dialisis sebanyak 3 kali dalam seminggu bagi membantu dia meneruskan kelangsungan hidup seperti normal. Remaja berkenaan juga terpaksa menggunakan alat bantuan khas bagi memudahkan proses pembuangan air kecil.

Menurut ibunya, Puan Yuraini Binti Che Wani walaupun menerima bantuan kewangan dari pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, dia terpaksa mencari wang lain kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi untuk membeli keperluan anaknya dari segi ubat-ubatan dan kos ulang alik untuk ke hospital.

Tambahan pula, ibu nya yang tidak dapat bekerja ekoran kontrak ditamatkan oleh majikan buat sementara waktu berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama juga, bapa pesakit pula hanya berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan sementara di bandar Kota Bharu bagi menampung keperluan keluarga. Dengan pendapat kasar yang diprolehi hanya RM750 sebulan.

Bagi anda yang ingin menyalurkan bantuan dari segi wang ringgit untuk pesakit berkenaan membeli keperluan dan ubat-ubatan boleh terus ke akaun bank 0302141000058421 di atas nama Luqman Bin Fikri (BSN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top