Profil

#MEDIAKELANTAN
K.INSIDE SOLUTION

K.Inside (M) Sdn Bhd

Kelantan Inside juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah K Inside Media Solution (M) Sdn. Bhd. Selain menyampaikan berita kepada masyarakat, Kelantan Inside juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pengiklanan (pemasaran produk) melalui posting bergambar dan video, pengiklanan melalui secara langsung di media sosial. Perkhidmatan ini amat penting bagi semua jenis perniagaan. Pemasaran produk bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

MISI & VISI

Menjadikan  Kelantan Inside sebuah media berita online yang terkemuka dalam penghasilan berita-berita yang berdasarkan sumber yang sahih, tepat dan terkini.  

En Aiman

ROFIQIN AIMAN

PENGARAH URUSAN

Berdasarkan visi, misi dan objektif  seperti yang kami nyatakan syarikat kami juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Matlamat utama penubuhan Syarikat Media ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian sektor yang ada di negara seperti pelancongan, perniagaan dan sebagainya yang ada di negeri Kelantan selain itu dapat  membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di setiap negeri dengan pakej-pakej periklanan yang di tawarkan kepada usahawan-usahawan di seluruh Malaysia. 

Seterusnya, penubuhan Kelantan Inside di bawah syarikat K Inside media solution juga sebagai satu media baru yang akan memberikan info-info tepat, sahih dan benar kepada masyarakat. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat di Malaysia. Tujuan utama penubuhan syarikat kami juga mengutamakan ketelusan dalam penyiaran berita-berita bertulis dan video kreatif.