“Selepas pengumuman mengenai pelaksanaan PKP hati saya cukup resah”

KOTA BHARU – Sejak setahun kebelakangan ini,pastinya ramai dalam kalangan masyarakat kita yang terjejas kerana pandemik yang semakin menular di negara ini. Kesan pandemik Covid-19 ini memberikan impak yang sangat besar dari segi ekonomi buat rakyat mahupun negara.

“Kita punya pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai merosot bukan 50% tapi 70%” luah seorang pengusaha kedai makan yang beroperasi di Kubang Kerian, Kelantan.

Puan Noor Awani Binti Muhammad, 23 merupakan seorang pengusaha kedai makan dan juga menyediakan perkhidmatan katering kepada pelanggan mengakui bahawa perniagaan yang diusahanya hari ini amat terjejas semenjak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Kerugian yang ditanggung nya cukup besar dan cukup mencabar baginya.

Bertanya bagaimana pandangan Puan Noor Awani mengenai seruan oleh pihak kerajaan yang hanya membenarkan operasi sehingga jam 8.00 malam, dia memberitahu tempoh masa yang diberikan juga sedikit sebanyak memberi kesan, kerana pada waktu malam adalah waktu yang kemuncak untuk menjalankan perniagaan bahkan jumlah pelanggan juga meningkat pada waktu tersebut, namun sebagai rakyat dia harus akur akan seruan kerajaan tersebut.

“Harapan dan saranan akak juga sebagai peniaga makanan supaya kerajaan kita hari ini dapat membantu dari segi moratorium atau skim pinjaman supaya dapat dijadikan sebagai pusingan modal”-katanya ketika ditemui.

Antara alternatif atau cara lain bagi mengekalkan perusahaan kedai makan, saya ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda untuk orang ramai yang tidak mahu keluar di musim PKP ini.

Video : Adli Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top