Seni silat pupuk jati diri yang tinggi

KOTA BHARU – Masyarakat di negara ini terkenal dengan kepelbagaian adat,budaya dan kesenian yang diwarisi sejak turun-temurun. Kepentingan mengekalkan warisan ini adalah supaya generasi yang ada hari ini tidak lupa akan asal-usul dan kesenian adat budaya yang ditinggalkan.

Antara kesenian yang sentiasa mendapat perhatian umum adalah seni silat. Dalam masa yang sama, ada juga yang menggunakan kemahiran bersilat ini sebagai salah satu langkah untuk membela ketahanan diri.

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM), merupakan salah satu kesenian silat yang masih mengekalkan cara lama. Ini kerana ianya merupakan salah satu seni silat yang sudah lama bertapak di negera ini. Bahkan ilmu seni persilatannya juga sudah tersebar secara meluas.

Menurut pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Cawangan Negeri Kelantan, Datuk Nahza seni warisan persilatan ini seharusnya diteruskan oleh generasi hari ini. Ianya mampu meningkatkan jati diri dan disiplin selain dari mempertahankan diri.

Menurutnya juga, jika mempelajari ilmu persilatan, gunakan ia sebaik mungkin. Kerana tidak dinafikan, sekiranya ilmu yang dipelajari itu digunakan untuk perkara yang salah maka buruk padahnya.

Selain itu, Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia Cawangan Kelantan (PSSGMM) yang ditemui ini juga, tidak lokek berkongsi ilmu dengan menunjukkan beberapa demostrasi berkaitan ilmu persilatan dan kekebalan diri berlandaskan ajaran yang betul.

Kesenian adat budaya dan warisan ini merupakan satu aset yang cukup bernilai untuk diwarisi. Bukan sahaja untuk ketahanan diri atau menjaga kekebalan bahkan dapat meningkatkan daya kekuatan dan jati diri yang tinggi. Namun, haruslah menggunakan ilmu yang diberi sebaik mungkin dan supaya kesenian adat,budaya mahupun warisan ini tidak lapuk ditelan zaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top