Siapa yang salah ? Jumlah peningkatan kes covid-19 saban hari di Malaysia semakin meningkat. Antara penyumbang utama terhadap kes ini adalah berpunca daripada aktiviti ziarah-menziarahi, keraian dan tidak menjaga penjarakkan sosial seperti yang diseru oleh pihak kerajaan. Sedangkan pihak kerajaan melarang sekeras-kerasnya aktiviti demikian bagi mengurangkan kadar keberjangkitan virus corona ini.

Negeri Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak kes covid-19 sejak kebelakangan ini, dan menjadi persoalan apakah punca utama peningkatan secara mendadak tersebut, sedangkan kerajaan menyekat sepenuhnya aktiviti rentas negeri mahupun daerah di sini.

foto : Hanis Wan

Hasil tinjauan di lokasi Pasar Besar Siti Khadijah, mendapati pematuhan operasi standard (SOP) di pasar tersebut kurang memuaskan. Rata-rata pembeli tidak menjaga jarak, seolah-olah tiada apa untuk dirisaukan. Seharusnya dalam konteks ini, peniaga dan pembeli harus memainkan peranan masing-masing bagi membendung penularan wabak covid-19 khususnya di Negara ini.

Seiring dengan peringatan dari pihak berwajib terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam mahupun di kawasan yang melibatkan orang ramai seharusnya disambut baik oleh masyarakat. Namun hal ini terjadi mungkin disebabkan masyarakat sudah terbiasa dengan situasi tersebut.

foto : Hanis Wan

Dalam masa yang sama, orang ramai masih lagi berkunjung ke sana, seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Keadaan di pasar tersebut diselia sepenuhnya oleh pihak penguatkuasa dan mengkhususkan laluan masuk dan keluar yang berbeza bagi mengelakkan orang ramai bersesak-sesak di kawasan tersebut.

Situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita yang sebenar. pematuhan prosedur operasi standard (SOP) hanya dipatuhi sekiranya kawasan tersebut berada di bawah pemerhatian yang ketat oleh pihak berwajib yang sentiasa melakukan tinjauan dan rondaan. Seharunya masyarakat harus sedar tentang kepentingan pematuhan operasi standard dalam keadaan pandemik yang sukar ini. Penularan covid-19 dapat dibendung sekiranya kita patuh pada perintah yang ditetapkan, dalam keadaan sebegini kita tidak perlu menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya kita tepuk dada dan tanya hati.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.