Lelaki tembak kereta bekas isteri ditahan

KOTA BHARU, KELANTAN – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes menembak kereta yang dipandu bekas isterinya dalam kejadian di Kampung Lorong Bayam Pinggir, Tapang, di sini pada Ahad.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam disyaki bermotifkan cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, wanita berusia 30 tahun itu dikatakan memandu kereta jenis Kia Rio dalam perjalanan pulang ke rumah bersama tiga anak yang berusia 13, 5 dan 3 tahun.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.