Total Lockdown: Patuh atau Ingkar?

Bermula hari ini 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 seluruh Malaysia akan menjalani kira-kira 2 minggu total lockdown dengan harapan penularan virus corona dapat kembali ke angka sifar. Ia merupakan inisiatif daripada kerajaan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan seluruh golongan masyarakat daripada dijangkiti wabak ini.

Sebelum pihak kerajaan melaksanakan total lockdown, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negara, perintah kawalan ini dilaksanakan berdasarkan jumlah kes covid-19 di sesuatu tempat terbabit.

Walaupun ada yang beranggapan bahawa lockdown kali ini, seakan-akan situasinya kembali seperti perintah kawalan pergerakan (1.0) yang lalu, kerana pada perintah kawalan pertama itu syaratnya cukup ketat sehinggakan ada yang tidak berani untuk keluar rumah tanpa urusan yang penting.

Sebaliknya, situasi hari ini cukup berbeza. Kenderaan masih ada di jalan raya dan ada juga golongan masyarakat yang mengambil peluang hari ini untuk menyelesaikan urusan mereka di sektor perbankan yang beroperasi.

Walaupun hari ini merupakan hari pertama ia dilaksanakan, hasil tinjauan di beberapa kawasan sekitar menunjukkan masih ada kenderaan yang berada di jalan raya namun keadaan masih lagi terkawal. Ini kerana, beberapa faktor yang mendorong masyarakat sekitar untuk keluar menyelesaikan urusan mereka dengan segera.

Kekurangan kenderaan di jalan raya mungkin atas faktor daripada kerajaan juga yang menyeru supaya majikan di luar sana, membenarkan kakitangan atau pekerja mereka bekerja dari rumah. Langkah terbabit diambil, bagi mengurangkan kadar peningkatan kes covid-19 yang dilaporkan.

Sekiranya fasa pertama lockdown ini berjaya, ianya mungkin kerana kita akur pada arahan yang diberi dan mengikuti langkah-langkah yang disarankan. Pastikan diri anda tidak bebas untuk ke sana-sini jika tiada urusan yang penting. Harus di ingatkan bahawa, jika setiap dari kita bekerjasama dan bersatu hati dalam membendung penularan covid-19 ini tiada yang mustahil, keadaan akan kembali pulih seperti dulu dan bebas untuk bergerak ke sana-sini tanpa perlu merisaukan keadaan sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
error: Content is protected !!