KOTA BHARU, KELANTAN – Seorang usahawan muda yang berasal dari Kota Bharu tampak berusaha bertungkus lumus demi mencari sesuap nasi setiap hari dengan menjual chocojar buatan sendiri.

Walaupun hanya berumur 19 tahun, namun Amirul Alif Bin Asmadi berusaha keras sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada Ibu dan Ayahnya.

Walaupun terpaksa menghadap pelbagai rintangan, beliau juga aktif mempromosikan perniagaannya di laman sosial seperti di Instagram Selain daripada menjual chocojar, Alif juga mengaut untung dengan memotong rambut di perkarangan rumahnya dengan menggondol nama Classic Barbershop. Namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan pada 1 Jun 2021, akan tetapi kerjaya memotong rambut tersebut terpaksa tergendala sehingga tamat tempoh PKP 3.0.

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun PKP 3.0 dikuatkuasakan, bekas pelajar IKM Pahang ini tetap mencari alternatif lain untuk meneruskan perniagaan chocojar nya. “Nanti PKP 3.0 ni susah sikit lah kalau nak COD ke rumah orang. Tapi mungkin kalau post pakai J&T tu masih boleh buat la” olah Alif.
dan sebagainya.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.