Varian Afrika Selatan kini dikesan di Kelantan

Kota Bharu- Jumlah kes Covid-19 di sini masih belum menunjukkan akan berlakunya penurunan yang mendadak. Malah baru-baru ini dikesan munculnya satu varian baru, iaitu varian Africa Selatan.

Varian tersebut dilaporkan dikesan sebanyak 23 kes di sini. Varian ini dikesan di dua lokasi dan dikira sebagai dua kluster yang berbeza. Iaitu kluster Padang Tembak dan kluster Bunut Susu.

FOTO : ADLI ROSLI

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin menyeru supaya semua rakyat di negeri ini sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga diri ketika berada di kawasan yang berisiko untuk dijangkiti.

Manakala, trend harian penurunan terhadap kes Covid-19 kebelakangan ini menunjukkan sedikit perubahan walaupun dalam jumlah yang kecil.

Dalam masa yang sama, rakyat di negeri ini juga menunjukkan tahap kesedaran yang kian meningkat terhadap penerimaan vaksin bagi mengekang penularan virus Corona ke tahap yang lebih membahayakan.

Kira-kira 5000 sehari, masyarakat Kelantan menerima suntikan vaksin ini. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat juga saban hari meningkat terutamanya di beberapa kawasan pedalaman di Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top