Dilaporkan kira-kira 10,000 penduduk di Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa kedua.

Mengikut statistik, kebanyakkan individu yang tidak hadir itu merupakan warga emas berusia 60 tahun keatas dengan pelbagai alasan termasuk masalah kesihatan, isu peribadi dan sebagainya.

Namun begitu, Jaafar Awang Mat yang berasal dari Kampung Pulong di Kubang Kerian telah hadir untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.


Setakat ini, lelaki warga emas yang berusia lebih seabad itu mungkin menjadi individu tertua yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Cucu Jaafar yang bernama Noor Azriena Syamsuri Md Noor berkata, datuknya telah berjaya menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 di PPV di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di Kota Bharu, Ahad lalu.

Katanya, “Ada yang beritahu AyahPa (panggilan Jaafar oleh cucunya) yang vaksin itu boleh menyebabkan kematian, sakit. Tapi AyahPa kata nak berlindung daripada terkena penyakit kena ada usaha, seperti ambik vaksin. Yang penting ada usaha, lain-lain tu daripada Allah.”

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.